Wednesday, April 7, 2010

PIBG Barisan Nasional: Rakyat diasingkan Pemimpin didewakan!

Setelah lebih 50 tahun Barisan Nasional memerintah, kejayaan yang nampak sangatlah adalah menyusun protokol kasta masyarakat. Kejayaan lain seperti isu pembangunan ada naik turunnya tapi dalam hal menyusun kasta dan kelas masyarakat memang sangat jelas berkesan.

Saya nak ambil contoh yang paling senang. Setiap tahun, kita sebagai ibu bapa memilih wakil PIBG untuk kononnya mentadbirkan persatuan yang akan menjadi perunding antara ibu bapa dan guru. Tahun ini kita pilih, tahun depan dalam pemilihan kita akan nampak kelas kasta terbentuk. Di barisan depan, Pengerusi PIBG akan duduk dengan wakil rakyat dan AJK mereka. Mula memakai baju batek dengan bunga di dada. Bersembang merai dengan begitu bersopan. Jarang sekali pusing kepala ke belakang untuk menjengok rakyat di belakang. Kemudian mulalah psikologi 'brainwash' Barisan Nasional di mana guru besar akan bercakap, kemudian pengerusi PIBG dan kemudiannya Wakil Rakyat. Sudah bercakap, mereka menghilangkan diri... makan bersama kelas atasan. Ibu bapa lain pula, makan di kantin sesama mereka, golongan kelas bawah.

Ini satu kecelaruan yang membuat masyarakat kita terbodoh sebentar. Kita menerima bodoh ini dengan rela pula! Kita pilih calon kita, tak kiralah wakil rakyat ke, pengerusi PIBG ke... Bukan suruh makan tempat berasingan atau menempatkan diri pada kelas atas sikit. Kita pilih suruh buat kerja. Kita pula membuta bila terbinanya jurang sosial antara mereka yang merayu kita untuk memilih mereka dan kita sendiri pula yang pilih. Ini kalau bukan bodoh, apa namanya!

Kalau disebut, kita dikatakan komunis, tak pandai merai, atau menyambut tetamu. Tapi ada baik juga sistem tak ada kelas ni... Mari kita tengok senario realitinya. Pertama kita memilih mereka, jadi seharusnya mereka ini diberi tanggungjawab lebih bila mereka menerima dipilih. Kedua, nak jumpa kalau wakil rakyat, rasanya cuma dalam majlis jamuan atau sekali sekala masjid besar. Kemudian kalau jumpa, kena rai pula. Kalau pergi ke pejabat kerja mereka pula, wakil dia saja yang ada. Wakil PIBG.. nak jumpa, setahun sekali. Nak sembang apa setahun sekali jumpa. Bila jumpa pula, mereka pilih pula untuk me-rai wakil rakyat atau guru besar. Bukan nak makan sekali para ibu bapa. Tanya apa masalah, apa harapan, apa kurang, apa lebih.

Ini adalah kejayaan besar Barisan Nasional.

Sebagai orang tua ni... saya mengambil langkah drastik sikit bila saya terus saja ke kelab atasan ini menegur pengerusi PIBG dan Guru Besar. Mereka tengah makan bila saya sampai ke kelab eksklusif asuhan Barisan lalu terus menegur mereka. Teguran yang simple. Minta mereka makan bersama ibu bapa yang lainnya. Alasan saya, jumpa pun setahun sekali jadi makan lah bersama!

Saya pernah menjadi AJK PIBG dan kerap disuruh duduk sebarisan wakil rakyat atau orang besar yang datang dalam sesuatu majlis kerai-an. Jawapan yang saya beri... maaf, saya mahu bersama ibu bapa lainnya. Tak mengapalah kerusi plastik kalau nak dibandingkan dengan yang lembut di depan. Saya rasakan jurang tersebut yang telah lama dibentuk adalah salah. Macam mana saya nak sertai...

Najib pada suatu ketika (tah mimpi apa) meminta menteri kanannya, Hishamudin, Shafie Nordin dan kepala besar MCA. MIC.. duduk bersama rakyat. Dia pun sama. Penuh budak budak kerumun Najib. Inilah pemimpin harapan! Mau bersama rakyat. Tapi satu hari tu sajalah. Lepas kamera TV dan propaganda berjaya ditaburkan... esoknya kembali ke asalnya. Rakyat diasingkan, pemimpin didewakan. Najib Najib Najib... perkara begini akan menjunam ke muka sendiri bila pemilihan semula nanti..

Untuk rekod... saya masih menyokong Barisan!

No comments:

Post a Comment