Wednesday, April 7, 2010

Pengarah kita cetek ilmu!

My wife asked me hundreds of times to start writing my own blog and of course I have been delaying in starting. Born with analog-tech years, simple 2D-data know how tech and confronting this internet auto lay-out is totally out of my league. But she started hers. Habis lah.. The smirk on her face is intolerable.

The truth. My wife loves my writings. I used to write her probably 3 letters per week during our wooing years and I think it were the letters that got her hooked. Not my looks! While the love is strong, I better feed her with more.

I have been writing TV scripts for the past 22 years. I wrote my first script in 1988 and all in all I think I have written over 400 dramas and over 200 documentaries. Banyak actually. Last week somebody asked me to see one of my works... My god... I have not kept any. I have no CD or DVD or any hard copies of my many dramas. Why? It's the system. Once I passed my work/script, I have no idea or knowledge of what's happened to it. Nobody/ produsers bother to even tell/inform me the status of the production. Even if it is aired, I wouldn't know. Despite the fact, they pastered me day and night to complete my proposal and script before production.

I won't blame the system alone. I wouldn't want to keep any of the finished drama CD too. There is not a single director worth admiring, keeping and respecting! I am talking about their work. Seriously, not a single one! We have so many lousy directors! Cakap banyak saja. Depth dalam mengenal manusia sangat cetek.

Ramuan utama to a good director is - mampu tak bentuk babak dramatik dalam sesuatu plot penceritaan, which is to say, can he portray a good dramatic scene in the story line. They can't. Our director.. simple equation... Kalau marah, perlu menempik. Kalau sedih, perlu menangis. Kalau suka, buat lawak bodoh. Mainan babak atau continuity babak adalah untuk menceritakan apa nak berlaku seterusnya. Jadi kalau kita tengok anak menempik bapa atau isteri menempik suami adalah perkara biasa. Tak adalah cutting scene di mana, si isteri marahkan suami tapi menahan marah, cuma memegang atau mengenggam kemas baju atau cawan yang dibawa ketika berdepan si suami. Di Malaysia, siapa pun mampu jadi director.

Kalau sembang dengan mereka, cakap lah mereka dengan yakin.. perlu buat cerita fast cut kerana masyarakat lebih suka cerita fast cut. Dalam cerita fast cut, tak ada dramatik elemen.. Cuma pergerakan cepat antara babak. Jadi harus satu babak menterjemahkan babak seterusnya. Nak terbawa dengan pendramaan? Tak ada lah.. Nak ada lagumana kalau tak ada babak babak dramatik.

I do not understand, mana datang idea kata fast cut tu orang suka. Dalam drama aksi seperti 24 pun, elemen dramatik tu begitu jelas. Jack Bauer akan letak pistol kepada kepala sesiapa untuk cuba cari maklumat sebagainya.... sekurang kurangnya 7-8 minit untuk babak begitu. Cuma bezanya, dipakai sistem intercut. Maknanya, pada masa yang sama (satu kejadian lain berlaku), penjenayah atau watak hitam turut mengetahui apa yang Jack Bauer buat. Jadi penjenayah berada satu langkah ke depan. Element suspen dalam cerita aksi...

Apa yang penting.. berjaya ke sesuatu babak dramatik! Untuk nak pandai buat babak dramatik mesti ada sedikit projection dari realtiti perangai manusia. Melebihkan sedikit sesuatu keadaan lah. Jadi director kenalah faham perangai manusia. Observe lebih.

I had a talk with Aziz M Osman some years back. About good drama. Dia kata, tak perlu lagi dah nak usaha lebih dalam pembuatan drama. Apa yang perlu cukuplah dengan shot master single single.. maknanya juga.. Bila kita direct drama, apa yang penting, kita ambil gambar ... sebagai contoh, kalau ada dua orang bercakap.. kita ambil satu gambar keseluruhan percakapan sebagai master shot. Kemudian kita fokuslah kepada individu yang terbabit. Bila editing pandai pandai masukkan formula master, single muka A dan kemudian single muka B.

Kenapa Aziz kata begitu. Dia kata penonton bukannya faham sangat tentang teknik drama. Kalau nak main dramatik scene pun, buat penat ubah lampu saja.. makan masa.

Nak kata member salah masa tu... malaslah.. kerana member ada ego. But he was wrong. Drama Malaysia tak boleh pergi jauh kerana master single single lah. Pengarahan cetek. Tengok drama Mat Salleh atau Korea. Pandai terjemahkan babak sampai kita nangis. Bukan main rajin pengarah ubah lampu untuk terjemahkan perasaan pelakon. Tak mainlah mereka, kalau marah menempik. Benci menumbuk, menampar. Sedih menangis. Suka buat lawak bodoh.

Pengarah kita tak pandai saja....

No comments:

Post a Comment