Sunday, April 18, 2010

Pandai Arab dah jadi Tok Guru

I have been keeping this to myself for ages and I guess it is about time to share it.


I was in a taxi in Kota Bharu some time back when the driver, who was listening to the radio, switched the channel to hear an ustaz giving some talks on religion. The topic was 'korban'. He was, the ustaz, confident with his speech, repeating words as to remind the listeners of what he was talking about...

Cakap punya cakap, maka keluarlah ayat quran untuk menerangkan kata korban itu disuruh Allah. Maka dipetiklah ayat dari ayat yang pendek Al Quran berbunyi Fasollirabbika wanhar.. Kepada Nya hendaklah engkau sembah dan berkorban. Dia terus menerangkan bahawa sudah jelas tuhan mahu kita menyembahnya dan berkorban kepadanya. Dalam konteks yang digunakan di sini adalah korban sembelihan. Lalu dia menceritakan pula pengorbanan Nabi Ibrahim yang berkorban untuk memyembelihkan anaknya sendiri kerana taat perintah tuhan.

Kalau orang biasa mendengar penerangkan dan ayat ayat yang digunakan, tentunya dia (ustaz) ini seorang yang berilmu. Pandai bercakap. Kaya pula dengan ilmu dan ayat quran adalah mudah untuk dia. (Andaian kita, dia dah hafal satu quran, maka dia tahu apa yang dia cakap). Tapi kalau kita membaca sikit saja, kita tahu penggunaan ayat sebagai contoh seruan Allah di sini adalah salah. Cerita penurunan ayat Innaaktoina kalkautsar adalah jelas untuk mententeram dan mengingatkan Nabi akan kelebihan yang dinikmatinya. Dari orang biasa dijadikan Nabi, dari seorang hina dimuliakan. Jadi kenapa dia(Nabi) nak bersedih apa bila orang orang arab lainnya mengutuk dan perlinya, seorang Nabi kesayangan tuhan tetapi anak-anak lelakinya mati. Jadi dalam kesedihan Nabi inilah diturunkan Bahawa engkau diberikan kelebihan yang banyak (telaga kalkautsar). Sembahyanglah dan kepadanya hednak lah engkau berkorban. Siapa yang membencimu, dia lah yang rugi.

Apa yang dilakukan ustaz ini dalah mengambil ayat bahagian tengah dan dia kata, ini adalah ayat untuk berkorban. Dalam konteks penurunan ayat pula, ianya lebih menjurus kepada kesedihan Nabi itu merugikan dirinya. Bila bersedih, maka sembahyanglah kepada tuhan atau berkorban kepadanya.

Bila kita yang tak faham apa mendengar, teruslah percaya bulat bulat bahawa dia ni seorang yang pandai. Maka apa yang dikatanya kemudian tentunya mulia mulia belaka.

Saya melihat ini satu masalah yang besar. Bila kita yang tak tahu apa ini, mudah terkona dengan sedikit kepandaian orang lain. Worst case .. kalau dia bawa kita untuk mengikuti kepercayaannya. Mungkin radikal, mungkin fanatik, mungkin liberal. Kita tak tahu.

Pendapat saya, jangan percaya sangat apa yang orang cakap, walaupun dia memakai jubah. Macamlah semua orang memakai jubah dan banyak beramal itu sudah dijanjikan tempat di syurga. Seeloknya, carilah ilmu sendiri tanpa memberatkan bahawa Tok Guru aku itu sudah betul. Bukalah ruang untuk perluasan minda bahawa tok tok guru yang adapun mungkin tidak sebaik mana dan ruang untuk kita belajar lagi dari orang lain itu adalah luas. Dan dalam proses pembelajaran ini, bukalah ruang untuk mempercayai bahawa tuhan itu masih ada. Masih melihat kita. Masih mendengar kita. Tidak ada perantaraan antara kita dan tuhan kita, walaupun dalam bentuk tok-tok guru. Maka banyak banyak lah berdoa kepadanya. Tanya dia apa yang tidak difahami. Kalau diizinkanNya, maka kita akan mendapat jawapan dari Nya dalam cara cara yang mendekatkan kita lagi kepadaNya.

Saya banyak mendengar ulamak itu ini memberi ceramah dan kemudian mengeluarkan ayat. Kononnya ayat itu digunapakai dalam keadaan tertentu. Biasanya untuk membakar semangat. Apa yang saya percayai adalah, selama 23 tahun ayat ayat diturunkan, ianya dikaitkan dengan kejadian sekeliling Nabi. Maka setiap ayat ada cerita kenapa diturunkan, keadaan apa diturunkan untuk tujuan apa diturunkan. Tanpa ilmu untuk memahami penurunan ayat ini kita akan menjadi radikal dan fanatik kerana kita percaya kepada orang lain (seperti tok guru kita). Kita akan letak pentafsiran mereka itu adalah sangat betul dan mereka pula adalah orang orang syurga! Ini secara langsung terus menutup peluang kepada kita memahami keikhlasan ayat diturunkan dan memahami roh ayat tersebut. Kebiasaannya roh yang ditafsirkan adalah panas sahaja.. Takut ini, marah itu, ini tak kena, itu tak betul... sebagainya. Tetapi kalau ada ruang memahaminya, menyedari roh ayat.. seperti ayat yang kita bincangkan di atas, nampak betapa dinamik dan lembutnya. Bagaimana kalau kitab ersedih, kita harus menyedari bahawa kita ini diberi kelebihan yang banyak. Sedih sekarang merugikan. Lebih baik, kita sembahyang dan berkorban kepada Allah. Maksudnya juga, anggap apa musibah sebagai pengorbanan. Apa saja rintangan kepada kita, kalau dengki dari orang lain, tentulah mereka yang rugi, kerana kita ini beriman.

Perkara ini haruslah difikirkan bersama. Seeloknya bagi kita, carilah jalan untuk memahami kenapa ayat ayat diturunkan. Kalau pak pak guru semua mahu mengeluarkan sesuatu ayat, mereka pula perlu ceritakan kepada kita dahulu, bila ayat diturunkan, apa cerita disebaliknya. Kalau tak dapat jawab, maka mereka bukan tok guru yang 'sebenar'. Cuma pelakon pelakon pentas keagamaan sahaja.

No comments:

Post a Comment